Cari @ Amanz

Samsung Galaxy Z Fold4 dan Z D Flip4 dijangka akan dilancarkan pada tahun ini sebagai pengganti kepada Z Fold3 dan Z Flip3. Peranti ini dikhabarkan akan dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 1+ yang dihasilkan oleh TSMC dan turut akan mempunyai perubahan kamera yang drastik.

Terkini menurut laporan daripada Business Korea, Z Fold4 dan Z Flip4 turut akan kekal dengan pengimbas cap jari terbina pada butang kuasa yang diletakkan pada sisi peranti. Kedua-dua peranti ini tidak akan menggunakan pengimbas cap jari bawah skrin.

Walaupun Samsung ada mempatenkan penggunaan teknologi ini di WIPO sebelum ini. Sumber menyatakan ini bukan kerana masalah struktur, tetapi mengenai adakah ianya efisien buka lipatan peranti untuk menyahkunci? Untuk pengalaman penggunaan yang lebih baik dan mesra, Samsung mengekalkan penggunaan cap jari klasik ini.

Buat masa ini, Vivo dilaporkan akan menggunakan pengimbas cap jari bawah skrin untuk peranti dengan skrin boleh-lipat mereka – Vivo X Fold yang akan dilancarkan pada 11 April akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd