Cari @ Amanz

HP yang sedia terkenal dengan penawaran sejumlah komputer riba, kini dilaporkan sedang membangunkan sebuah komputer riba bersaiz 17-inci yang menggunakan panel skrin boleh-lipat.

Dengan penggunaan panel ini, ia membolehkan sebuah skrin bersaiz besar dilipat dua menjadi bahagian skrin dan juga bahagian papan kekunci. Disamping itu, ia turut membawa kepada sejumlah kaedah penggunaan komputer yang baharu.

Pada hari ini, Lenovo sedia menyediakan penawaran mereka, selain Samsung turut dilihat dalam persiapan untuk memperkenalkan produk mereka. Intel sendiri sedia menyasarkan komputer riba dengan skrin boleh-lipat akan dipasarkan meluas pada 2022 ini.

Untuk penawaran HP ini, ia dijangka menggunakan skrin 17-inci yang apabila dilipat menawarkan saiz penggunaan skrin 11-inci. Ia dijangka akan diperkenalkan pada penghujung tahun ini, atau pada awal 2023 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd