Samsung Galaxy Z Fold4 Mungkin Tidak Akan Menyertakan Ruangan S Pen Untuk Rekaan Lebih Nipis

Diterbitkan pada Apr 20, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung Galaxy Z Fold4 mungkin akan dilancarkan pada sekitar bulan Ogos akan datang. Ia akan menggantikan peranti Galaxy Z Fold3 yang mana pada hemat kami adalah antara peranti dengan skrin boleh lipat terbaik.

Peranti Galaxy Z Fold3 adalah pertama yang menyokong stilus S Pen, di mana generasi peranti skrin boleh lipat Samsung sebelum ini tidak ada. Beberapa bulan lalu, Samsung dikhabarkan akan menyertakan ruangan menyimpan S Pen secara terbina pada Z Fold4 agar pengguna tidak lagi perlu membeli selongsong mahal untuk simpan dan risau S Pen yang mahal akan hilang.

Fold3 S-Pen

Menurut Ice universe baru-baru ini, Samsung Galaxy Z Fold4 tidak akan menyertakan ruangan untuk S Pen dan peranti pula akan direka dengan rekaan yang lebih nipis berbanding generasi sebelumnya. Ia juga akan mempunyai saiz yang lebih kecil, kamera setaraf Galaxy S22, dan akan dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 1+ binaan TSMC.

Ini bermakna pengguna perlu membeli lagi selongsong dan mengambil risiko untuk menjaga S Pen masing-masing. Sama-sama kita nantikan butiran lanjut mengenai peranti ini nanti.

komen


© Amanz / 2022 Kami