Huawei Nova 10 Mungkin Diperkenalkan Sekitar Bulan Jun

Diterbitkan pada Mei 6, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Siri Huawei Nova sememangnya terkenal dengan kemampuan kamera yang baik dalam kelasnya. Pada masa sama, ia turut memfokuskan terhadap golongan belia menerusi kemasan tubuh yang diubah suai mengikut arus pemodenan fesyen.

Bagi mereka yang menantikan model kemas kini untuk siri berkenaan, terdapat desas-desus mengatakan ianya bakal dilancarkan sekitar bulan Jun hadapan. Namun begitu, masih tiada tarikh khusus yang didedahkan buat masa ini. Turut difahamkan, siri baharu ini akan menggunakan cip pemprosesan yang sama seperti Huawei Nova 9.

Melaluinya, ia akan dilengkapi dengan cip Snapdragon 778G. Namun begitu, masih akan terdapat juga model yang akan menggunakan cip pemprosesan baharu iaitu Snapdragon 7 Gen 1. Cip pemprosesan ini bagaimanapun masih belum diumumkan secara rasmi oleh Qualcomm. Tetapi, ura-ura mengenai kewujudannya telah kedengaran sejak beberapa minggu lalu yang turut akan digunakan pada Oppo Reno8.

Seterusnya, Huawei Nova 10 juga dikhabarkan hadir dengan perisian dan kamera yang lebih baik. Pada masa sama, tubuhnya juga akan menampilkan kemasan lebih menarik. Tetapi, ia dikhabarkan akan diperkenalkan sebagai sebuah peranti dengan rangkaian 4G sahaja.

Sungguhpun begitu, tidak dinafikan terdapat juga kebarangkalian Huawei turut sama hadir dengan kerangka khas yang memberikan sokongan 5G bersama-sama dengannya. Bagi melihat sejauh mana kebenaran kesemua hal yang dikongsi ini, sama-sama kita nantikan perkembangan selanjutnya dari masa ke semasa.

Sumber : IThome

komen


© Amanz / 2022 Kami