Cari @ Amanz

Panel skrin yang fleksibel bukannya sesuatu yang baru. Ia sudah lama wujud, yang mana membolehkan skrin peranti menjadi melengkung sedikit. Iterasi terkini adalah, skrin peranti boleh dilipat. Kita ada skrin melengkung, skrin melipat dan yang terkini sedang dibangunkan oleh Motorola adalah peranti dengan skrin boleh gulung.

Samsung dijangka akan hadir dengan Galaxy Z Roll, BOE sedia membekal panel skrin untuk peranti seperti ini, E-Ink pun sudah ada teknologi lebih kurang sama, dan perlu ingat yang Oppo pernah melancarkan Oppo X 2021 iaitu peranti pertama dengan skrin boleh gulung.

Peranti yang dikatakan adalah Motorola Felix ini akan meneruskan konsep yang sedia ada pada Motorola Razr. Ia akan hadir dengan bentuk memanjang dan boleh gulung dari atas ke bawah, tidak seperti Oppo dari sisi boleh menjadi lebih lebar. Felix akan menjadi panjang bila ingin digunakan dan selesai digulung akan menjadi kecil serta kompak untuk disimpan dan akses mudah.

Projek ini masih di peringkat pembangunan awal. Malah prototaip yang Motorola gunakan adalah dengan Motorola Edge Pro 30 yang diubahsuai kerana masih tiada kelengkapan penuh untuk peranti dengan skrin boleh gulung secara memanjang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd