Selepas iPhone X, Kini AirPods Pula Diubah Dengan Port USB-C

Diterbitkan pada Mei 11, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Ken Pillonel adalah jurutera yang mengubah iPhone X daripada menggunakan port Lightning kepada port USB-C. iPhone ini dihasilkan untuk koleksi atau khusus untuk peminat setia sahaja, kerana iOS tidak boleh dikemaskini dan ia juga tidak menyokong perlindungan air. iPhone ini berjaya dijual pada harga RM358,000.

Ken juga bertanggungjawab mengubah Samsung Galaxy A51 daripada menggunakan port USB-C kepada port Lightning.


Terkini Ken telah mengubah AirPods pula agar ia boleh dicas dengan kabel USB-C. Sebab beliau ubah AirPods adalah kerana majoriti produk Apple beliau termasuk iPhone sudah menggunakan USB-C dan agak leceh jika aksesori audio masih menggunakan lightning. Ken menggunakan komponen USB-C dan gantikan terus pada bahagian lama. Menurut beliau ia sedikit sukar untuk diubah kerana saiz lubang berbeza dan kemasan akhir yang diingini perlu kekal berkualiti seakan ia tidak pernah diusik.

Ken juga dilihat mungkin tidak akan menjual produk ini di eBay seperti sebelum ini, tetapi video penuh beliau melakukan perubahan ini akan dikongsi nanti. Apa kata anda dengan AirPods dengan USB-C?

komen


© Amanz / 2022 Kami