Honor Magic4 Pro sudah pun dilancarkan di acara MWC Barvelona 2022 tempoh hari. Ia adalah peranti mercu Honor terkini selepas sekian lama menyepi. Peranti ini hadir dengan skrin 6.81-inci LTPO OLED FHD+, dijana cip Snapdragon 8 Gen 1, memori 12GB RAM dan storan dalaman 256GB UFS 3.1.
Peranti ini menjalankan MagicUI Android 12 dengan sokongan GPU Turbo X. Kamera peranti adalah kuad-kamera 50+64+50+12 Megapixel dengan sokongan IMAX Enhanced dan peranti juga menyokong pengecasan pantas 100W.
Peranti ini juga sudah dilancarkan di peringkat global hari ini, sementara kehadiran untuk pasaran tempatan tekah diacah pada Mac lalu. Semalam, Honor telah pun mengumumkan yang mereka merancang untuk memperkenalkan sekitar 20 produk baharu tahun ini di Malaysia.
Bersama-sama dengannya, kehadiran Honor Magic4 Pro turut didedahkan. Ia akan tiba sekitar awal Jun 2022 nanti.