Penyulitan Penuh Akan Tiba Pada Mesej Sembang Berkumpulan Dalam Google Message

Diterbitkan pada Mei 12, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google kini sedang memberi fokus penuh untuk sistem pemesejan yang mereka perkenalkan, iaitu RCS. RCS adalah SMS untuk generasi baru, di mana ia adalah seakan sistem iMessage tetapi untuk semua pengguna Android. Malah, reaksi pada iMessage turut boleh diterima oleh pengguna Google Message.

RCS ini membenarkan pengguna menghantar imej dan video berkualiti, kongsi lokasi, kongsi pautan degan mudah, kongsi keputusan Google Assistant dan banyak lagi. Untuk sekuriti dan privasi, Google Message tahun lepas telah pun menyulitkan mesej-mesej pengguna. Semasa Google I/O 2022, naib pengerusi pengurusan produk Google iaitu Sameer Samat mendedahkan yang kini terdapat 500 juta pengguna RCS yang aktif.

Google turut mengumumkan yang sokongan penyulitan hujung-ke-hujung atau penyulitan penuh ini turut akan ditawarkan untuk mesej dalam sembang berkumpulan pada Google Message. Google turut sempat menyampaikan mesej kepada Apple, untuk turut serta menggunakan sistem pemesejan RCS demi sekuriti dan keselamatan.

komen


© Amanz / 2022 Kami