Rekaan Bitcoin City El Salvador Dengan Dek Tinjauan Di Gunung Berapi Diperlihatkan

Diterbitkan pada Mei 13, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tahun lalu Presiden Nayib Bukele mengumumkan projek Bitcoin City di El Salvador untuk menjadikannya bandar kripto pertama dunia. Keseluruhan kota ini adalah bertemakan kripto dengan grid berbentuk heksagon digunakan dalam perancangan bandar. Apabila dibuka kelas ia akan menjadi pusat perlombongan kripto yang mesra alam kerana sumber kuasa dijana sepenuhnya menggunakan sumber lestari.

Antara struktur paling menarik ialah sebuah dek tinjauan yang diletakkan di sebuah gunung berapi yang turut akan membekalkan sumber kuasa geoterma ke seluruh bandaraya baharu ini. Untuk menyokong Bitcoin City sebuah lapangan terbang baharu berbentuk bulat dan pelabuhan juga akan dibina. Pelan utama Bitcoin City dihasilkan oleh firma FR-EE yang sebelum pernah memperlihatkan konsep bandaraya model yang lebih lestari.

Sebagai negara pertama di dunia yang menerima Bitcoin sebagai mata wang rasmi, pembinaan Bitcoin City dilihat sebagai komitmen negara untuk menjadi peneraju mata wang kripto dunia. Hanya beberapa minggu lalu Republik Afrika Tengah mengikuti langkah El Salvador dengan menerima Bitcoin sebagai mata wang rasmi.

Semasa projek diumumkan tahun lalu, Presiden Bukele berkata El Salvador akan menggunakan bon bernilai $1 bilion. Separuh digunakan untuk membangunkan Bitcoin City dan separuh lagi digunakan untuk membeli lebih banyak Bitcoin. Dengan nilai kesemua kripto utama dunia jatuh mendadak, tidak diketahui sama ada projek ini akan ditangguhkan sementara menanti nilai Bitcoin kembali tinggi.

komen


© Amanz / 2022 Kami