Set Kepala AR Apple Ditunjuk Dalam Mesyuarat Eksekutif – Dijana Cip Apple M1

Diterbitkan pada Mei 20, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple sedang sibuk membangunkan banyak produk dalam kategori berlainan dengan produk tersedia mereka sekarang. Antara yang kerap didengari adalah set kepala realiti terimbuh dan realiti maya

Dalam mesyuarat terkini bersama eksekutif yang dianjurkan empat tahun sekali, set kepala AR ini telah diperlihatkan. Prototaip ini dikatakan dijana dengan cip Apple M1 dan tidak pasti sama ada adakah ini versi yang sama yang Ming-Chi Kuo katakan ada masalah pemanasan.

Set kepala AR Apple ini turut dikatakan akan menjadi produk baru yang akan diberikan fokus penuh. Ia bukan sahaja satu perkakasan baharu, tetapi Apple juga akan hadir dengan perisian baharu untuk menjalankan set kepala ini. Dalam kod iOS 16, ada banyak petanda mengenai set kepala ini. Namun sumber menyatakan yang sistem operasi untuk produk ini adalah yang tersendiri.

Apple mungkin akan menjual produk ini pada harga melangkaui RM8000, ia akan memfokuskan kepada permainan, media dan komunikasi, dan mungkin akan dilancarkan pada lewat 2022 ke tahun 2023. Sama-sama kita nantikan.

komen


© Amanz / 2022 Kami