Cari @ Amanz

ZTE Axon 40 Ultra Akan Tiba Di Malaysia Sekitar Bulan September 2022

Link Copied!

Seiring pengenalan ZTE Blade V40 Vita hari ini, pihak ZTE turut berkongsi perancangan untuk mengemaskini siri Axon mereka buat pengguna di Malaysia. Melaluinya, ZTE Axon 40 Ultra bakal diperkenalkan dan dikhabarkan tiba sekitar September kelak. Setakat yang diketahui, hanya variasi Ultra sahaja yang bakal ditawarkan. Sementara itu, variasi pro pula dikhabarkan terhad di China dan beberapa lagi pasaran terpilih.

ZTE Axon 40 Ultra menggunakan skrin sebesar 6.8-inci OLED BOE dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Cip Snapdragon 8 Gen 1 turut digunakan dengan padanan memori sehingga 16GB (LPDDR5) dan storan dalaman 1TB (UFS 3.1). Bateri pula sebesar 5,000mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 80W.

Sistem tri-kamera yang digunakan pula terdiri dengan tetapan 64MP (IMX 787) + 64MP + 64MP. Seterusnya, kamera hadapan pula sejenis bawah skrin dengan sensor sebesar 16MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah menjalankan Android 12, port sambungan USB-C dan banyak lagi.


Komen ()