Carian
Apple Mempatenkan Apple Watch Dengan Kamera Pada Digital Crown
June 1, 2022 Fahim Zahar

Sudah banyak kali kita dengan Apple sedang cuba mengintegrasikan kamera pada Apple Watch. Antaranya adalah kamera terbina pada tali jam dan ada juga kamera di bawah skrin bersama Touch ID. Tetapi ia masih belum menjadi realiti, selain daripada aksesori pihak ketiga oleh Wristcam.

Paten terkini yang telah Apple daftarkan, memperlihatkan Apple Watch dengan kamera terbina pada tombol kawalan berputar mereka iaitu Digital Crown. Cara penggunaan adalah, pengguna hanya perlu menghalakan Digital Crown ke arah subjek.

Paten ini turut memperlihatkan Apple Watch yang lebih mudah ditanggalkan terus dari tali jam untuk penggunaan lebih mudah. Cara lain turut adalah cara membuka Apple Watch terus dari tangan dengan kaedah lebih mudah.

Penggunaan kamera pada Apple Watch ini turut akan menyertakan indikasi pada tombol kawalan untuk memberitahu kamera sedang aktif digunakan. Kamera ini juga memfokuskan kepada penggunaan mengambil gambar dan video, tetapi tidak pasti sama ada adakah ia untuk bersahaja seperti berkongsi ke media sosial atau untuk mengimbas sesuatu.

Tombol Apple Watch

Buat masa ini, ini hanyalah idea yang didaftarkan agar tiada jenama lain menggunakan konsep yang sama. Tidak pasti jika ia akan menjadi realiti atau akan terkubur dalam arkib paten. Adakah anda ingin menggunakan Apple Watch yang ada kamera?

Komen