Carian
Xiaomi 12 Ultra Akan Hadir Dengan Logo Leica Yang Ikonik
June 3, 2022 Effi Saharudin

Huawei bekerjasama dengan Leica pada tahun 2016 pada lensa dan perisian Huawei P9. Kerjasama ini membawakan hasil dengan nama Huawei melonjak naik khususnya di kalang peminat fotografi telefon pintar dunia. Walaupun kerjasama dilakukan, peranti tidak memaparkan logo merah Leica yang ikonik sepanjang kerjasama mereka. Tetapi dengan kerjasama baharu mereka dengan Xiaomi ini mungkin berubah.

Digital Chat Station hari ini meniriskan imej yang didakwa adalah Xiaomi 12 Ultra dengan logo tersebut terpampang kelas pada bucu atas bonggol kamera. Ia akan menjadi peranti pertama yag menggabungkan teknologi dari kedua-dua syarikat.

Turut dilaporkan peranti mercu ini akan hadir dengan panel seramik dengan panel kulit asli. Mirip dengan dilakukan pada OPPO Find X3 Pro Photographer’s Edition yang dilancarkan tahun lalu.

Kerjasama dengan Leica mungkin pencetus yang akan akhirnya membuatkan Xiaomi menjadi syarikat dipandang serius dalam industri. Mereka telahpun menyasarkan ingin menjadi pengeluar telefon pintar nombor satu dunia menjelang 2024.

Komen