Saya adalah antara peminat OnePlus pada suatu masa dahulu. Sejak pelbagai perubahan berlaku, saya sudah tidak mengenali jenama ini – kerana apa yang mereka lakukan sudah berbeza dan tidak menarik pada saya.
OnePlus akan melancarkan satu lagi peranti mercu tahun ini, peranti ini dikatakan adalah OnePlus 10T. Mereka sudah matikan siri-T sebelum in dan kini ia kembali. Bergantung pada pasaran, peranti ini mungkin akan menggunakan nama OnePlus 10 sahaja.
MySmartPrice baru-baru ini telah mendedahkan rekaan peranti dan juga spesifikasi. Keseluruhan rekaan dilihat masih lagi menyerupai OnePlus 10 Pro, tetapi bahan binaan dan kemasan mungkin berbeza. Peranti ini juga dilihat mungkin akan menjadi peranti mercu OnePlus pertama yang hadir tanpa butang ikonik Alert Slider untuk mengawal nada dering, sama ada bergetar, berbunyi atau terus senyap.

Skrin peranti dikatakan adalah 6.7-inci FHD+, 120Hz, HDR10+, cip pemprosesan pula adalah Snapdragon 8+ Gen 1, memori sehingga 12GB RAM LPDDR5 dan storan dalaman mencapai 256GB UFS 3.1. Untuk bateri ia mungkin hadir dengan kapasiti 4800mAh dengan sokongan pengecasan pantas 150W.
Untuk kamera pula, konfigurasi tri-kamera mungkin akan digunakan daripada sensor 50-Megapixel sudut lebar, 8-Megapixel sudut ultra lebar, 2-Megapixel makro dan16-Megapixel kamera swafoto. Tetapi untuk model ini, besar kemungkinan kamera tidak akan ditala oleh Hasselblad. Peranti juga dijangka menjalankan Oxygen OS 12 berasaskan Android 12.