Xiaomi HomeWiFi Tri-band Mesh Dilancarkan Secara Rasmi Di China

Diterbitkan pada July 5, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selain daripada peranti pintar, komputer riba dan penjejak kesihatan, acara pelancaran Xiaomi turut memperlihatkan pengenalan untuk sebuah penghala mudah alih. Dikenali sebagai Xiaomi HomeWiFi Tri-Band Mesh, ia didatangkan dengan dua modul penghala yang boleh disambungkan ke satu sama lain secara automatik apabila dihidupkan.

Melaluinya lapan antena telah digunakan untuk julat maksimum, di samping tiga pilihan protokol yang disokong termasuklah 2.4GHz, 5GHz dan mesh. Di samping itu, ia turut diiklankan mampu menyokong sehingga 600 peranti pintar secara serentak dalam lingkungan kawasan maksimum 1500m². Sambungan pantas menggunakan NFC turut ditawarkan. Di mana, anda hanya perlu menyentuh peranti dengan sokongan NFC pada penghala bagi meneruskan sambungan secara automatik tanpa keperluan kata laluan.

Tidak ketinggalan, pengguna juga boleh mengawal sambungan sepenuhnya. Ini bermakna anda boleh menyambung atau mematikan sambungan peranti dengan mudah menggunakan peranti pintar. Untuk harga, Xiaomi HomeWiFi Tri-band Mesh dijual pada RMB1499 (~RM989) dengan pilihan warna hitam.

komen


© Amanz / 2022 Kami