iOS 16 Beta Sedia Dimuat Turun Pengguna Awam

Diterbitkan pada July 12, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bulan lepas, Apple telah melancarkan sistem operasi telefon pintar generasi baharu mereka iaitu iOS 16. Kali ini Apple menawarkan kunci skrin yang boleh diubahsuai oleh pengguna, Safety Check untuk membantu mangsa keganasan rumah tangga, Photos yang lebih selamat dan mesra pengguna, tambahan pada ciri kesihatan dan banyak lagi.

Selama satu bulan ini, pembangun telah dapat menguji sehingga tiga fasa beta iOS 16. Apple kini sudah bersedia untuk memberi pengguna umum pula peluang mencuba iOS 16 secara lebih awal sebelum versi beta dilancarkan pada masa beberapa bulan lagi.

Walaupun versi beta ini sudah umum, tidak semua peranti layak. iOS 16 tidak boleh digunakan pada iPhone 6siPhone 6s PlusiPhone SE (Gen-1), iPhone 7 dan juga iPhone 7 Plus. Kemudian, walaupun iPhone 8/8 Plus dan iPhone X menyokong iOS 16 – tidak semua ciri boleh digunakan. Banyak ciri dan fungsi baharu memerlukan sekurang-kurangnya cip Apple A12 Bionic.

Untuk mencuba iOS 16, anda hanya perlu buka laman Apple Beta Software Program melalui Safari iOS atau iPadOS. Tekan Sign up jika ini adalah kali pertama untuk anda mencuba beta, atau log masuk dengan tekan Sign in jika anda sudah pernah daftar. Muat turun profil beta dan pergi ke tetapan iOS untuk pasang profil tadi. But semula peranti dan mulakan kemaskini iOS 16 Public Beta 1 untuk iPhone atau iPadOS 16 Public Beta 1 untuk iPad anda.

Apple turut mengedarkan beta umum untuk macOS Ventura, tvOS 16, watchOS 9 dan juga HomePod Software 16.

komen


© Amanz / 2022 Kami