Carian
Motorola Mengacah Rekaan Razr 2022 – Hadir Dengan Kamera, Skrin Luar Dan Engsel Baharu
July 14, 2022 Fahim Zahar

Motorola bakal melancarkan peranti dengan skrin boleh-lipat baharu, sebagai pengganti kepada Razr. Generasi ketiga peranti mereka ini dikhabarkan akan mempunyai rekaan serba baharu, cip lebih berkuasa dan kekal dengan harga jualan peranti premium.

Terkini di China, melalui siaran di Weibo rasmi Motorola mereka telah mengacah kehadiran peranti yang mungkin digelar sebagai Motorola Razr V3.

Imej acah ini mendedahkan rekaan konfigurasi dwi-kamera baharu, sistem engsel baru serta rekaan skrin luar yang lebih besar. Akan tetapi Motorola tidak mendedahkan sebarang spesifikasi atau tarikh pelancaran lagi.

Berdasarkan informasi yang tertiris sebelum ini, apabila dibuka skrin di dalam adalah AMOLED 6.7″ FHD+, 120Hz, dijana Snapdragon 8 Gen 1 yang dipadankan dengan memori 12GB RAM serta storan 512GB. Kamera dikatakan adalah 50+13 Megapixel, dengan kamera swafoto 13 Megapixel. Razr baharu turut akan kekal dengan pengimbas cap jari di sisi, menyokong UWB dan bateri 2800mAh.. Peranti ini juga akan hadir dengan pilihan warna Quartz Black atau Tranquil Blue.

Komen