Cari @ Amanz

WhatsApp mula memperkenalkan ciri memindahkan data WhatsApp dari Android ke iPhone pada Ogos tahun lalu. Ketika itu ia masih berada di peringkat awal pengenalan dan hanya pada Januari tahun ini, ciri itu mula kelihatan. Ia hanya boleh digunakan sejak Jun lalu, tetapi hanya kepada pengguna beta dan pengguna yang bertuah sahaja.

Kini selepas sekian lama menantikan kehadiran ciri ini, WhatsApp mula memberi akses kepada semua pengguna mereka. Dengan ciri ini, pengguna tidak lagi akan terikat dengan satu platform kerana sukar untuk pindahkan data sembang yang penting.

Untuk menggunakan ciri ini, peranti Android anda perlu menjalankan sekurang-kurangnya Android 5.0 Lollipop, versi WhatsApp adalah 2.22.7.74, iPhone pula menjalankan iOS 15.5 ke atas, kedua-dua peranti perlu disambungkan kepada pengecas dan menggunakan sambungan Internet yang sama. Paling penting, iPhone itu perlulah iPhone baru atau yang baru sahaja diformat.

Ciri ini akan membenarkan anda pindahkan semua mesej, gambar, video dan fail-fail WhatsApp dari Android ke iPhone dengan mudah. Tidak lagi perlu menggunakan perisian pihak ketiga yang mahal.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd