Twitter Sedang Menguji Ciri “Twitter Delegate” – Menjemput Pengguna Lain Mengawal Satu Akaun Sama

Diterbitkan pada July 27, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

TweetDeck adalah produk daripada Twitter yang memudahkan pengguna mengikuti pelbagai akaun dan melihat semua ciapan dalam antaramuka yang efisien. Ia juga membenarkan pengguna menggunakan banyak akaun pada satu masa atau memberi satu pengguna kawalan ke akaun lain dengan mudah seperti untuk kerja atau kolaborasi.

TweetDeck sehingga hari ini adalah perkhidmatan yang percuma, namun ada petanda yang kelas ia akan menjadi perkhidmatan berbayar melalui Twitter Blue. Aplikasi untuk Mac juga telah dihentikan, mengehadkan penggunaan melalui web sahaja. Twitter turut ada ciri CoTweets yang membenarkan dua akaun berkongsi satu ciapan.

Twitter turut dilihat sedang meneruskan usaha membangunkan satu ciri baharu seakan TweetDeck yang terus terbina dalam Twitter. Ia diberi nama sebagai Twitter Delegate, yang boleh mendelegasikan satu akaun untuk dikawal oleh ramai pengguna.

Melaluinya, pemilik akaun Twitter boleh memilih pengguna lain untuk menjadi Contributor atau Admin seperti pada TweetDeck. Contributor boleh akses DM, menghantar ciapan atau juga cipta List. Sementara Admin akan menjadi pentadbir dengan akses yang sama, cuma boleh menjemput pengguna untuk akses atau membuang dan memantau prestasi akaun.

Turut tidak pasti apa akan berlaku pada Twitter seseorang pengguna jika ciri ini digunakan, seperti antaramuka dan sebagainya. Twitter Delegate ini juga tidak pasti akan menjadi percuma atau berbayar dalam Twitter Blue. Sama-sama kita nantikan.

Sumber: 9to5Mac

komen


© Amanz / 2022 Kami