Intel Akan Menyokong WiFi 7 Bermula 2024

Diterbitkan pada Ogos 2, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Protokol rangkaian WiFi 6E baru sahaja diperkenalkan beberapa tahun yang lalu dan kini perancangan untuk memperkenalkan WiFi 7 (802.11be) sudahpun bermula dengan ia dijangka akan dilancarkan bermula 2023. Kini Intel telah mengesahkan mereka akan menyokong WiFi 7 pada komputer riba bermula 2024 sebelum dikembangkan ke peranti lain.

WiFi-7

WiFi 7 menyokong kelajuan pemindahan data mencecah 36 Gbps pada frekuensi 6GHz. Sokongan WiFi 7 akan membolehkan peranti generasi seterusnya menikmati kelajuan internet yang lebih pantas berbanding WiFi 6E yang mencecah 5.8 Gbps.

Selain Intel, MediaTek dan Qualcomm adalah dua lagi syarikat yang telah mengeluarkan produk menyokong WiFi 7 tahun ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami