Carian
Pesawat Tempur KF-21 Akan Beroperasi Dengan Dron Pengiring Buatan Korean Air
August 26, 2022 Effi Saharudin

Korean Air ialah syarikat penerbangan kebangsaan Korea Selatan. Tetapi mereka juga mempunyai anak syarikat yang membangunkan dron mereka sendiri. Minggu ini Korean Air telah memenangi kontrak untuk membangunkan dron pengiring yang boleh beroperasi dengan pesawat tempur KAI KF-21 Boramae.

Konsep dron pengiring ini sama dengan Loyal Wingman yang dibangunkan oleh Australia dan Skyborg oleh Amerika Syarikat. Pesawat tempur generasi 4.5 KF-21 buatan tempatan akan menjadi pesawat induk dengan ia berkongsi maklumat dengan 3 atau 4 dron pengiring dengan kemampuan sukar dikesan radar.

Dron kemudiannya boleh diarahkan memasuki ruang udara musuh untuk melakukan tinjauan atau melakukan serangan tanpa pesawat induk yang dikawal manusia berhadapan dengan sistem pertahanan musuh.

Walaupun KF-21 dibina dengan kerjasama Indonesia, pada waktu sistem dron hanya direka untuk digunakan oleh pasukan tentera Korea Selatan sahaja.

Komen