Cari @ Amanz

Kecerdasan buatan DeepMind maju selangkah lagi dari segi kerumitan kerja yang mampu dilakukan dengan ia kini diajar pula untuk bermain bole sepak. Sebelum ini DeepMind telahpun diajar untuk mengawal avatar manusia dalam dunia maya untuk berjalan. Seterusnya ia diajar dengan melihat set data pergerakan pemain bola. Berdasarkan data yang diberikan, DeepMind kini boleh mengawal empat pemain bola sepak dalam perlawanan 2 lawan 2.

Walaupun nampak masih tidak begitu stabil, masa yang diambil untuk belajar mengawal dua pemain bola yang boleh bekerjasama antara satu sama lain adalah bersamaan dengan 10 tahun pengajaran ataupun 3 bulan secara simulasi dalam komputer. Tugas yang agak senang untuk manusia ini adalah kompleks bagi sebuah kecerdasan buatan.

Sebab utama DeepMind diajar bermain bola sepak adalah untuk mengajarnya melakukan kerjasama di masa hadapan tanpa campur tangan manusia. Kelak ia boleh mengawal robot di dalam gudang untuk melakukan tugasan secara automatik tanpa kemalangan dan berinteraksi dengan robot yang lain. Memang nampak agak aneh tetapi sebelum ini DeepMind bekerjasama dengan kelab bola sepak Liverpool untuk melakukan analisa pemain bola sepak untuk menawarkan taktik di atas padang.

Dalam masa lima tahun DeepMind berubah dari sebuah kecerdasan yang mengalahkan manusia dalam permainan Go ke mengalahkan manusia dalam permainan Starcraft II profesional. Seterusnya ia meramal cuaca dengan ketepatan tinggi, mentafsir teks purba dan kemudiannya melakukan ramalan kesemua 200 juta struktur protein yang mungkin wujud di dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd