Cari @ Amanz

Produk-produk yang dihasilkan Nothing tidak dinafikan hadir dengan rekaan yang unik, mempunyai spesifikasi yang menarik, dan jelas mereka berani ingin cuba sesuatu yang berlainan dalam industri teknologi.

Antara produk yang mereka sediakan adalah Nothing Phone (1), Nothing Ear (1) dan produk terkini Nothing Ear (stick). Nothing Malaysia dilihat akan menawarkan pakej baharu untuk pembelian dua produk mereka iaitu Nothing Box. Ia adalah berkas Phone (1) dan Ear (stick) pada harga diskaun.

Nothing Box akan dijual pada harga RM2,668 untuk Phone (1) 8/128 GB dan RM2,968 untuk 12/256 GB. Jika harga biasa Phone (1) adalah RM2,399/RM2,699 dan Ear (stick) RM469 menjadikan jumlah kedua-duanya adalah RM2,868 dan RM3,168. Berkas ini akan menjimatkan pelanggan sebanyak RM200.

Jualan berkas ini akan berlangsung dari 4 November ke 13 November. Setiap Nothing Box turut akan menyediakan dua lilin berbau wangi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd