OpenAI Memberikan Akses API Dall.E Untuk Digunakan Pembangun Aplikasi

Diterbitkan pada Nov 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Menerusi Dall.E 2, OpenAI berjaya menghasilkan kecerdasan buatan yang boleh menghasilkan imeh yang realistik hanya berdasarkan input teks. Lebih 3 juta pengguna telah mengakses Dall.E 2 secara percuma dengan 4 juta imej dijana setiap hari. OpenAI kini telah memberikan akses API Dall.E supaya pembangun boleh menggunakannya dalam aplikasi yang sedang dibangunkan.

Caj yang dikenakan untuk menggunakan API bermula daripada $0.016 (~RM0.076) untuk imej bersaiz 256 x 256 pixel dan meningkat ke $0.02 (~RM 0.1) untuk setiap imej 1024×1024 pixel. Setakat ini API Dall.E telah digunakan oleh Microsoft dalam aplikasi Designer dan juga Shutterstock.

komen


© Amanz / 2023 Kami