Realme Mula Mengacah Pengenalan Siri Realme 10 Di Malaysia

Diterbitkan pada Nov 22, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Baru sahaja dilancarkan di China, kini pengenalan siri Realme 10 untuk pasaran Malaysia telah mula diacah secara rasmi. Hal ini boleh dilihat dengan jelas menerusi beberapa kemaskini baharu Realme Malaysia di Facebook. Masih tidak dapat dipastikan berapa bilangan model peranti yang bakal diumumkan.

Tetapi penggunaan perkataan “series” memberi bayangan akan terdapatnya lebih daripada satu model yang bakal tiba. Dalam masa itu, tarikh pelancaran rasmi juga masih belum didedahkan setakat ini. Satu hal lagi yang menjadi persoalan, adakah ia merupakan model yang sama dengan sebelum ini atau sebaliknya? Seperti biasa, Realme pasti akan berkongsi dengan lebih lanjut mengenainya dalam masa terdekat.

Sebagai rujukan, terdapat empat variasi model telah dilancarkan sebelum ini yang terdiri dengan Realme 10 4G, Realme 10 5G, Realme 10 Pro dan Realme 10 Pro+.

komen


© Amanz / 2022 Kami