Carian
Ujian Android 13 Nothing Phone (1) Akan Tiba Tidak Lama Lagi
November 24, 2022 Fahim Zahar

Nothing Phone (1) adalah peranti kelas pertengahan premium paling unik yang dilancarkan pada tahun ini. Peranti ini menawarkan rekaan panel belakang lutsinar dengan sistem lampu LED Glyph, skrin bezel nipis yang sekata, kamera 50MP, dan turut menjanjikan sokongan komuniti yang baik.

Tetapi apabila soalan mengenai kemaskini Android 13 ditanya kepada pengasas Nothing, iaitu Carl Pei – beliau dengan berlagak menjawab “sesuatu produk itu adalah lebih daripada sekadar spesifikasi, ciri-ciri dan juga angka versi”.

Sehari selepas isu ini, Nothing terus mengumumkan yang Phone (1) akan menerima kemaskini Nothing OS berasaskan Android 13 pada tahun 2023. Ujian beta pula akan diperkenalkan kepada semua pengguna bermula hujung tahun ini.

Baru-baru ini, Carl Pei mengacah yang peranti peribadi Phone (1) beliau sudah menjalankan Android 13. Ia dilihat menggunakan sistem operasi Nothing OS 1.5.0. Beliau turut menyatakan versi beta akan ditawarkan dalam masa terdekat.

Komen