Nothing Phone (1) Akan Menerima Kemaskini Android 13 Pada Tahun 2023

Diterbitkan pada Ogos 23, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Android 13 sudah pun dilancarkan secara rasmi dalam bentuk stabil untuk pengguna Pixel. Peranti lain seperti Samsung, Oppo dan OnePlus sudah pun memulakan ujian beta untuk peranti terpilih mereka.

Dengan pelancaran Android 13 ini, pasti ramai pengguna Android turut tidak sabar menantikan kehadiran versi Android baharu ini untuk peranti masing-masing – termasuk pengguna Nothing Phone (1).

Apabila ditanya, Carl Pei hanya menjawab dengan jawapan yang mengecewakan ramai pengguna iaitu; “sesuatu produk itu adalah lebih daripada sekadar spesifikasi, ciri-ciri dan juga angka versi“.

Dalam laporan oleh Android Authority baru-baru ini, pihak Nothing telah memberi kenyataan kepada mereka yang kemaskini Android 13 hanya akan diedarkan pada sekitar pertengahan pertama tahun 2023 nanti. Menurut Nothing, mereka ingin memastikan Nothing OS akan mesra dengan peranti mereka dan boleh berjalan dengan lancar dan ini mengambil masa.

Untuk Nothing OS yang ringan dan mirip Android asli, kemaskini ini sebenarnya agak lambat. Malah, kemaskini Nothing OS 1.1.3 juga masih belum diterima oleh ramai pengguna dengan edaran yang amat perlahan berbanding versi 1.1.1 dan 1.1.2 sebelum ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami