Model Asas Mac Mini Dan MacBook Pro 14″ Baharu Dilengkapi SSD Yang Lebih Perlahan

Diterbitkan pada Jan 25, 2023. oleh .

Apple melancarkan Mac Mini dan MacBook Pro 14″ dengan cip M2 Pro baharu minggu lalu. Secara lazimnya produk baharu menawarkan prestasi lebih baik berbanding model terdahulu. Tetapi menurut laporan MacRumors dan 9to5Mac, kedua-dua model paling asas Mac Mini dan MacBook Pro 14″ baharu didapati dilengkapi SSD yang lebih perlahan berbanding model tahun lalu dengan saiz storan sama.

Kelajuan menulis pada Mac Mini M2 256GB dan MacBook Pro 14″ M2 Pro 512GB didapati sekitar 3.2GBps berbanding 3.9GBps pada model sama tahun lalu. Kelajuan membaca pula turun ke 2.97 GBps berbanding 4.90 GBps pada model tahun lalu. Ini adalah kerana penggunaan storan SSD dengan jumlah NAND yang lebih sedikit. Ini akan mengurangkan prestasi SSD komputer.

Ini bukan kali pertama SSD lebih perlahan digunakan pada model baharu kerana turut berlaku pada model paling asas MacBook Air M2 256GB dan MacBook Pro 13 M2 256GB tahun lalu. Kepada mereka yang merancang membeli Mac Mini M2 dan MacBook Pro 14″ M2 Pro tahun ini, sila pilih model dengan storan lebih besar sekiranya ingin prestasi SSD lebih pantas.

komen


© Amanz / 2023 Kami