Siri Xiaomi 13 telah dilancarkan di China pada bulan Disember tahun lalu dengan dua model iaitu Xiaomi 13 dan Xiaomi 13 Pro. Kedua-dua peranti ini menggunakan kamera Leica baharu dengan pada Pro menggunakan sensor 1-inci 50MP.
Peranti ini disahkan akan dilancarkan untuk pasaran global dan model Xiaomi 13 Ultra yang lebih berkuasa akan diperkenalkan pada acara MWC Barcelona 2023 akan datang. Kini, Xiaomi memberitahu yang siri Xiaomi 13 versi global akan dilancarkan pada 26 Februari nanti jam 11 PM.

Xiaomi 13 Pro hadir dengan skrin OLED 6.73-inci 2K, 120Hz, HDR10+ dan Dolby Vision. Dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang dipadankan dengan memori sehingga 12GB RAM LPDDR5 dan storan dalaman mencapai 512GB UFS 4.0. Kamera pula adalah 50+50+50 Megapixel, kamera swafoto 16 Megapixel, bateri 4820mAh dengan pengecasan 120W, mempunyai perlindungan IP68, speaker Dolby Atmos dan rekaan yang melengkung.

Sementara Xiaomi 13 pula hadir dengan saiz lebih kecil iaitu OLED 6.36-inci FHD+, 120Hz, HDR10+ dan dijana cip Snapdragon 8 Gen 2 yang dipadankan dengan memori 12GB RAM LPDDR5 dan storan dalaman mencapai 512GB UFS 4.0. Kamera pula adalah 50+12+10 Megapixel, kamera swafoto sama 16 Megapixel, bateri 4500mAh dengan pengecasan 67W dan turut mempunyai perlindungan IP68. Speaker sama iaitu Dolby Atmos, tetapi rekaan peranti adalah lebih rata.
Sama-sama kita nantikan butiran lanjut mengenai peranti ini dan kehadirannya untuk pasaran tempatan.