Dua tahun lepas, iPhone dengan port USB-C pertama dunia berjaya dihasilkan oleh Ken Pillonel dan peranti ini iaitu iPhone X berjaya dijual dengan nilai bidaan lebih RM400,000. Apple juga telah mengesahkan yang iPhone akan datang turut akan menggunakan port USB-C secara rasmi dan tidak lagi perlu lakukan proses modifikasi pada peranti.
Tetapi bagaimana jika anda tidak kisah dengan Lightning atau USB-C? Seorang jurutera di Korea telah menambah menjadikan iPhone 12 Mini untuk menyokong dwi-port iaitu USB-C dan juga Lightning. Ini juga bukan sebarang gimik, kerana kedua-dua port berfungsi sepenuhnya untuk pengecasan dan pemindahan data.
Kelebihan fungsi ini adalah membolehkan pengguna menggunakan Earpod Lightning sambil iPhone dicas menggunakan kabel USB-C, yang mana kali terakhir perkara ini boleh dilakukan adalah pada iPhone 6s yang masih menyokong port bicu audio 3.5mm.

Apa pendapat anda mengenai iPhone dengan dwi-port? Adakah ini satu ciri yang anda idamkan atau hanya USB-C. Audio kini boleh gunakan TWS jadi tidak menjadi masalah.