Cari @ Amanz

Sedang pengeluar peranti tahun ini terkejar-kejar menyertakan sensor kamera 1-inci pada peranti mereka seperti Xiaomi 13 Pro dan Vivo X90 Pro – OnePlus 11 5G masih kekal dengan sensor saiz lebih kurang sama sejak OnePlus 9 Pro.

Selepas acara pelancaran semalam, saya berpeluang menemuramah Jonathan Leung – wakil eksekutif pemasaran peringkat global OnePlus. Soalan penting yang saya tujukan adalah kenapa OnePlus tidak menggunakan sensor 1-inci untuk kamera?

Jawab beliau adalah kerana harga. Benar, tidak dinafikan harga OnePlus 11 5G yang bermula dari RM3299 adalah peranti mercu premium paling murah sekarang berbanding Vivo X90 dan Samsung Galaxy S23. Selain daripada harga Jonathan turut menyatakan yang OnePlus masih percaya kepada sistem kecerdasan buatan dan perisian atau fotografi perkomputeran pada Oxygen OS.

[ingo] Baca: Ulasan – OnePlus 11 Cukup Handal Untuk Diandalkan [/info]

Kemudian tambahan dengan kerjasama bersama Hasselblad, turut telah menjadikan OnePlus 11 5G mempunyai sistem kamera yang baik – lebih-lebih lagi pada mod potret dan mod malam dengan kemampuan HDR yang lebih terang sambil butiran dipeliharakan.

Dalam ujian kami, antara Vivo X90 Pro, Samsung Galaxy S23 Ultra dan OnePlus 11 5G – mod potret OnePlus setakat ini adalah yang paling meyakinkan. Dengan harga OnePlus 11 yang lebih murah dari peranti mercu pesaing, IP68 ditukar ke IP64 serta membuang pengecasan nirwayar bukan faktor utama – sebaliknya adalah strategi baharu OnePlus untuk fokus kepada pasaran Asia seperti Malaysia.

Apa kata anda, adakah anda akan membeli OnePlus 11 5G yang mempunyai prestasi hebat, kamera memuaskan dan kemaskini 4 versi Android serta 5 tahun tampalan sekuriti?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd