Tahun lepas, OnePlus memberitahu yang telefon pintar terpilih yang dilancarkan pada tahun ini (2023) akan menyokong kemaskini versi Android sehingga 4 tahun dan juga kemaskini tampalan sekuriti untuk lima tahun. Ini adalah strategi sama dengan peranti mercu Oppo.
Selama ini, OnePlus tidak pernah menjanjikan sebarang kemaskini konsisten untuk peranti mereka. OnePlus 11 5G menjadikan telefon pintar pertama OnePlus yang menyokong kemaskini 4+5 tahun ini. Ini bermakna, peranti ini akan dikemaskini sehingga Android 17 nanti dan akan menerima tampalan sekuriti sehingga tahun 2028.

Dalam satu temuramah bersama Jonathan Yeung, pengurus pasaran produk global OnePlus semalam ketika acara pelancaran OnePlus 11 untuk pasaran Malaysia – kemaskini 4+5 tahun ini hanya boleh dijanjikan selepas mereka bekerjasama dengan pasukan pembangunan perisian Oppo iaitu Color OS.
Jonathan turut mengaku yang Oxygen OS dibina berasaskan kod Color OS bagi menjimatkan masa. Tetapi dari segi pengoptimasian untuk prestasi Fluid ikonik OnePlus itu dibangunkan sendiri oleh pasukan mereka.
Tetapi ketika temuramah, beliau memberitahu yang tiada janji jika pengedaran kemaskini adalah setiap bulan. Apa-apa pun, masih menarik untuk melihat OnePlus menyokong kemaskini peranti pada jangka masa yang panjang.