Carian
TikTok Series Diperkenalkan, Video 20 Minit Bayar Untuk Tonton
March 8, 2023 Fahim Zahar

Anda ingat pada Quibi? Ia adalah platform penstriman video menegak yang menawarkan video durasi 10 minit tidak kira filem atau siri TV. Bermula dengan aplikasi telefon pintar sahaja, tetapi gagal mendapatkan pelanggan berbayar – mereka terpaksa kembangkan aplikasi ke TV pintar.

1 Disember 2020, Quibi berhenti beroperasi sepenuhnya dan kandungan semua berpindah milik ke Roku. Kini TikTok pula ingin melakukan perkara sama, iaitu menawarkan kandungan video menegak dengan durasi sehingga 20 minit satu video.

@tiktoknewsroom

Introducing TikTok Series 🥁 Our new premium feature enables creators to post Collections of up to 80 videos, each up to 20 minutes long 🙌

♬ original sound – TikTok Newsroom – TikTok Newsroom

Ciri ini dinamakan sebagai TikTok Series, di mana dalam satu siri boleh ada sehingga 80 video. Jika satu video 20 minit, satu siri boleh mempunyai durasi mencapai lebih 26 jam. Akan tetapi, TikTok Series bukannya kandungan yang boleh diakses secara percuma – sebaliknya adalah kandungan premium di bawah Collections bayar untuk tonton.

Berdasarkan apa yang TikTok umumkan, pencipta kandungan bebas menetapkan harga kandungan masing-masing dan mereka yang sudah bayar boleh akses melalui pautan khas atau profil pencipta. Adakah kita akan lihat kemunculan TikTok Originals tidak lama lagi? Di mana filem atau siri TV/animasi akan ditawarkan di platform ini pula?

Apa kata anda?

Komen