Cari @ Amanz

Google secara perlahan membawakan banyak ciri dan fungsi eksklusif peranti Google Pixel ke peranti Android lain dan juga iOS. Mereka mulakan dengan beberapa ciri suntingan Google Photos, yang mana baru-baru ini adalah Magic Eraser.

Terkini, mereka bawakan ciri Google One VPN kepada semua pelanggan pula. VPN tersendiri Google sebelum ini hanya terhad kepada mereka yang melanggan pelan 2TB yang berharga RM42.99 sebulan. Tetapi sekarang semua yang melanggan mana-mana pelan Google One termasuk yang berharga RM8.49 sebulan untuk 100GB.

Cuma sama seperti sebelum ini, Google One VPN hanya boleh digunakan di negara terpilih sahaja. Terdapat lebih 20 negara yang anda boleh lihat senarainya di laman sokongan Google. Malaysia masih belum disenaraikan lagi buat masa ini.

Pengguna Pixel 7 dan Pixel 7 Pro pula adalah pengguna bertuah kerana tidak perlu melanggan pun Google One, akses VPN diberikan secara percuma.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd