Sejak sebelum Twitter Blue dilancarkan di Malaysia saya sudah katakan ianya berbaloi untuk dilanggan. Sebagai antara yang terawal dapat menggunakan ciri ini sudah semestinya saya rasa bangga. Tetapi orang ramai mengutuk ciri yang sepatutnya percuma kenapa harus dibayar? Tetapi selepas dilancarkan secara rasmi ramai yang kutuk itu turut melanggan kerana tidak ingin ketinggalan.
Hari ini akhirnya Twitter mengaktifkan ciri yang pelanggan Twitter Blue hanya akan melihat separuh Iklan di Twitter.

Twitter turut berkongsi dengan butiran jelas mengenai bagaimana pengguna akan melihat iklan di platform mereka. Pelanggan Twitter Blue jika menatal di garis masa akan melihat dua kali lebih banyak ciapan organik. Bermakna anda akan lebih melihat ciapan yang tidak dipromosikan.

Akan tetapi iklan pada profil Twitter, pada ciapan yang dibalas, acara yang dipromosikan di Explore, trend yang dipromosikan serta akaun yang dipromosikan untuk diikuti akan kekal dipaparkan dan tidak boleh dielak pengguna walaupun sudah melanggan Twitter Blue.
Ini kerana Elon Musk ada merancang untuk harga langganan Twitter Blue lebih mahal jika ingin menggunakan Twitter dengan bebas iklan sepenuhnya. Dalam cubaan saya hari ini selepas melihat 7 ciapan organik barulah saya nampak ciapan berbayar. Sementara penulis Amanz lain melihat dua ciapan organik sebelum yang berbayar mula muncul.
Apa kata anda?
- Sumber