Realme nampaknya sudah bersedia untuk melancarkan siri Realme 11 pula. Poster di Weibo mengacah yang peranti-peranti ini akan dilancarkan pada bulan Mei nanti dengan fokus kepada kamera. Poster turut memperlihatkan bayangan bentuk bulat yang mungkin adalah lensa kamera peranti atau modul kamera.

Sebelum ini Realme 11 Pro+ tertiris melalui TENAA mendedahkan rekaan panel belakang dengan modul kamera bulat gergasi. Selain Realme 11 Pro+, Realme 11 Pro dan Realme 11 turut dijangka akan dilancarkan.
Realme 11 Pro dan 11 Pro+ dikatakan akan menggunakan skrin 6.7″ AMOLED FHD+ 120Hz dan dijana cip pemprosesan Dimensity 1080 yang dipadankan dengan memori 16GB RAM serta storan dalaman mencapai 1TB. Bateri pula adalah 5000mAh dengan pengecasan pantas 67W dan kamera 200MP.

Buat masa ini siri Realme 11 hanya disahkan akan dilancarkan di China sahaja. Dengan Realme C55 dan Realme 10 Pro Coca-Cola Edition baru tiba ke pasaran Malaysia tidak pasti jika tiga peranti baharu Realme ini turut akan menembusi pasaran tempatan.
- Sumber