Cari @ Amanz

Bard adalah perkhidmatan kecerdasan buatan Google sebagai pesaing kepada ChatGPT oleh OpenAI. Bard juga merupakan sebuah chatbot yang boleh menjawab soalan, serta melakukan banyak tugasan seperti mencipta draf sesuatu dokumen, menulis kod dalam 20 bahasa pengaturcaraan memberi cadangan dan banyak lagi.

Bard masih lagi di peringkat ujian. Tetapi Google telah melakukan pelbagai perkara termasuk menstruktur semula pasukan Google Assistant bagi menjayakan Bard. Baru-baru ini 9to5Google menemui bukti yang Google mungkin akan mengintegrasikan Bard ke dalam peranti Android.

Peranti yang bertuah sudah semestinya Google Pixel. Penggunaan Bard pada peranti Pixel adalah melalui widget di skrin utama. Tetapi masih tidak pasti jika Bard akan diintegrasikan dalam aplikasi Google seperti Google Assistant atau akan ada aplikasi tersendiri.

Sumber mendakwa yang mereka percaya Bard pada Pixel tidak akan hanya menawarkan fungsi seperti satu butang untuk gunakan. Sebaliknya Bard turut boleh mencadangkan prompt dan membuka aplikasi yang tertentu apabila diarahkan.

Sejak Bard diperkenalkan kepada umum, Google telah berusaha membawa perkhidmatan kecerdasan buatan mereka ini termasuk dengan produk lain di bawah LaMDA ke pengguna. Contohnya Searchalong chatbot pada Chrome, Magi sebagai enjin carian yang lebih diperibadikan, balas mesej Google Messages dengan Bard dan banyak lagi.

Buat masa ini Bard masih tidak boleh diakses oleh semua dan berdasarkan pengalaman sendiri ChatGPT dan Bing masih lagi antara yang pantas dan lebih berguna.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd