Sebelum ini anda perlukan tunggu dan wajib menggunakan akaun Microsoft untuk mengakses Bing Chat. Tetapi pada 4 Mei lepas, Microsoft membuka akses Bing Chat kepada semua dan anda boleh menggunakan perkhidmatan kecerdasan buatan ini tanpa menunggu.
Tetapi akaun Microsoft masih diwajibkan dan anda perlu menggunakan pelayar web Edge untuk mengakses. Baru-baru ini Microsoft inginkan lebih ramai orang menggunakan Bing mereka telah membuka akses kepada orang yang tiada akaun Microsoft pula.\

Sesiapa sahaja kini boleh menggunakan Bing Chat tanpa log masuk akaun. Cuma penggunaan akan terhad kepada 5 perbualan sahaja. Anda perlu log masuk untuk perbualan yang lebih lama dan akses mencapai 20 perbualan dan 200 sesi sehari.
Bing Chat juga popular digunakan sejak diperkenalkan kerana lebih cerdik dan bijak dalam menerima arahan selain dapat memberikan maklumat terkini. Sejak dilancarkan Bing Chat sudah menerima 45 juta perbualan dan digunakan sebanyak 100 juta orang sehari.