Carian
Kemaskini One UI Watch 5 Ditunda Kerana Masalah Wear OS
June 1, 2023 Fahim Zahar

Antara isu dengan Wear OS adalah pengedaran kemas kini yang bermasalah. Hanya selepas Google bekerjasama dengan Samsung untuk Wear OS 3, barulah perubahan pada sistem operasi jam tangan pintar ini dapat dilihat.

Samsung Galaxy Watch4 dan Galaxy Watch5 adalah antara jam yang bergantung kepada Wear OS baharu. Sejak tahun lepas jam-jam ini adalah antara yang terawal menerima kemas kini fungsi dan ciri baharu. Akan datang jam-jam ini juga yang akan menjadi yang terawal menerima kemas kini Wear OS 4.

Dukacita dimaklumkan yang baru-baru ini di forum rasmi Samsung di S Korea Selatan, mereka mendedahkan yang kemas kini One UI Watch 5 berasaskan Wear OS 4.0 akan ditunda. Ini adalah disebabkan oleh Google sendiri di mana perisian baharu yang masih belum sedia untuk diuji.

Walaupun sejak tahun lepas pengguna bertuah dapat menguji ujian beta tetapi sehingga hari ini masih tiada kemas kini stabil. Samsung Galaxy Watch6 dijangka akan dilancarkan pada Julai akan datang. Ketika ini Samsung dan Google mungkin sudah bersedia dengan kemas kini Wear OS dan One UI Watch baharu.

Komen