Antara isu dengan set kepala realiti maya (VR) dan peranti terimbuh (VR) ialah aplikasi yang agak mahal. Ini menyebabkan potensi set kepala tidak dapat digunakan sepenuhnya. Hari ini Meta Quest+ dilancarkan oleh Meta sebagai perkhidmatan langganan permainan video VR untuk set kepala Quest 2 , Quest Pro dan pada Quest 3 apabila ia dilancarkan bulan depan.
Menerusi Quest+, pelanggan boleh menebus dua permainan setiap bulan. Pada bulan depan permainan Pistol Whip dan Pixel Ripped 1995 boleh ditebus. Pada bulan Ogos pula permainan Walkabout Mini Golf dan MOTHERGUNSHIP: FORGE pula akan ditawarkan.
Langganan adalah $7.99 (~RM42) sebulan atau $59.99 (~RM279) untuk setahun.Apa yang ditawarkan Meta ini sama seperti langganan PlayStation+ dan Xbox Game Pass yang amat popular di konsol.