Laporan Mengatakan A.S Ingin Mengetatkan Lagi Halangan Penjualan Cip Kecerdasan Buatan Ke China
Effi Saharudin
Amerika Syarikat telahpun menghalang AMD dan NVIDIA daripada menjual cip kecerdasan buatan paling berkuasa mereka H100 ke China. Oleh itu NVDIA menghasilkan cip A800 yang dikurangkan kemampuannya kepada pelanggan di negara tersebut. Kini Wall Street Journal melaporkan A.S mungkin akan memperketatkan lagi halangan teknologi yang akan menyebabkan cip H100 turut tidak boleh dijual ke China.

Memetik sumber dalaman, WSJ berkata halangan terkini ini mungkin akan dikuatkuasakan seawal bulan depan. Halangan pembelian H100 telahpun menyebabkan pembangunan model kecerdasan buatan di China 30% lebih perlahan dan dua kali ganda lebih mahal. A.S turut mengharamkan sebarang pelaburan ke dalam syarikat kecerdasan di China dan rakyat mereka turut tidak dibenarkan bekerja di syarikat yang sama.
Ini adalah antara usaha A.S untuk menghalang China daripada mencapai kesaksamaan teknologi dengan China dituduh menggunakan teknologi ini untuk keperluan ketenteraan.
[sumber] Wall Street Journal [/sumber]