Carian
Aplikasi ChatGPT Pada iOS Kini Boleh Melakukan Carian Web Untuk Maklumat Lebih Tepat
June 28, 2023 Fahim Zahar

Bulan lepas OpenAI telah melancarkan aplikasi ChatGPT untuk iOS. Aplikasi ini ditawarkan secara percuma dan pengguna turut boleh menyelarikan sejarah penggunaan dari web ke peranti. OpenAI turut menyatakan aplikasi ChatGPT menyertakan integrasi Whisper,untuk melakukan input berasaskan suara.

Terbaru aplikasi ChatGPT telah dikemaskini kepada versi 1.2023.173. Dalam kemas kini baharu ini pelanggan ChatGPT Plus boleh mengakses tetapan New Features. Di dalamnya ada pilihan untuk menukar ke model LLM GPT-4 dan turut boleh menggunakan ciri pelayar web dengan integrasi Bing.

Dengan integrasi Bing, ChatGPT boleh memberikan jawapan yang lebih terkini kerana boleh melakukan carian web. Model asal ChatGPT hanya dilatih menggunakan maklumat sehingga 2021 yang menyebabkan jawapan yang diberikan mungkin tidak lagi tepat.

Selain itu carian dalam sejarah penggunaan turut ditambah baik. Selepas dicari pengguna boleh terus tekan hasil carian dan aplikasi akan membawa ke perbualan tersebut. Bagi yang ingin menggunakannya, aplikasi ChatGPT turut boleh digunakan oleh pengguna iPhone di Malaysia.

Komen