Carian
iOS, iPadOS, Dan macOS Dikemaskini Untuk Menampak Kerentanan Aplikasi Mengintip Pegasus
September 8, 2023 Effi Saharudin

Apple memberikan kemas kini untuk sistem operasi iOS, iPadOS, watchOS Dan macOS hari ini bagi menampal kerentanan hari-sifar yang menyebabkan peranti boleh diintip menggunakan perisian hasad Pegasus. Kerentanan ini ditemukan oleh Citizen Lab yang melaporkannya hari ini. Kepada pemilik peranti Apple, sila kemas kini ke  iOS 16.6.1, iPadOS 16.6.1, macOS Ventura 13.5.2 dan watchOS 9.6.2.

Pegasus yang dibangunkan oleh NSO Group adalah perisian intipan yang menjadi perhatian pengguna kerana ditemukan pada peranti milik NGO, wartawan, ahli politik, ahli perniagaan dan aktivis. Ia turut ditemukan pada peranti milik Jamal Kashoggi, wartawan yang kemudiannya dibunuh oleh kerajaan Arab Saudi.

Sedah didedahkan, NSO Group disaman beberapa syarikat besar seperti Apple serta diharamkan penggunaannya di beberapa negara. Sebelum ini muncul laporan Pegasus digunakan oleh kerajaan Israel untuk mendapatkan kerjasama dengan beberapa negara termasuk Arab Saudi yang secara rasminya tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara rejim Zionis ini.

Komen