Cari @ Amanz

Selama ini Amerika Syarikat mendakwa Huawei melakukan intipan bagi pihak kerajaan China yang menyebabkan mereka dimasukkan ke dalam senarai entiti. Akibatnya akses kepada GMS dan teknologi cip 14nm ke bawah dihalang daripada diakses oleh Huawei. Menurut laporan Nikkei, China hari ini mendakwa Amerika telah menggodam pelayar milik Huawei dan mencuri pelbagai maklumat sejak 2009.

Huawei

Dakwaan dilakukan oleh Kementerian Keselamatan Negara menerusi perkhidmatan WeChat hari ini. Amerika turut didakwa menggunakan perkhidmatan syarikat teknologi untuk memasukkan pintu belakang dalam perisian bagi membolehkan Huawei digodam. Selain China, Rusia juga dikatakan menjadi mangsa godaman Amerika.

Ini dilihat sebagai satu lagi isu dalam perang perdagangan antara China dan Amerika Syarikat yang sudah berlarutan sejak empat tahun yang lalu. Amerika sedang aktif mengenakan sekatan ke atas China menerusi halangan cip AI serta mengharamkan kelengkapan 5G Huawei serta ZTE. Terdapat usaha untuk mengharamkan TikTok pula kerana mereka juga didakwa bersekongkol dengan kerajaan China mencuri data pengguna Amerika. China membalas dengan mengurangkan eksport galium dan germanium yang diperlukan untuk membina cip.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd