Pemilik Laman Kini Boleh Halang Kandungan Digunakan Untuk Melatih AI Google
Effi Saharudin
Kecerdasan buatan (AI) seperti ChatGPT dan Google Bard dilatih menggunakan data raya sumber terbuka. Ia juga menimbulkan isu besar kepada Open AI yang membangunkan ChatGPT disebabkan isu LLM mereka dituduh menggunakan karya penulis tanpa membayar pampasan kepada pemegang harta intelek. Hari ini Google memperkenalkan Google-Extended yang membolehkan pengendali laman menghalang kandungan mereka digunakan untuk melatih AI Google.

Dengan ini isu kandungan laman digunakan tanpa kebenaran untuk melatih AI di masa hadapan dapat dielakkan. Semakin banyak produk AI diumumkan minggu lalu. Meta AI ialah chatbot yang boleh dikawal dengan suara. Microsoft pula memberikan kemas kini CoPilot pada komputer Windows 11 dengan keupayaan AI generatif.
Walaupun tidak boleh dinafikan boleh membantu proses menyelesaikan tugasan, isu karya digunakan tampa pampasan harus ditangani dengan segera sebelum terlambat.
[sumber] Google Keywords [/sumber]