Carian
OpenAI Pertimbang Bangunkan Cip Sendiri
October 6, 2023 Effi Saharudin

Syarikat kecerdasan buatan (AI) paling terkemuka di muka bumi sekarang ialah OpenAI. Menerusi DALL.E dan ChatGPT, mereka berjaya memulakan perang AI dengan kini semua negara maju, membangun dan syarikat teknologi utama berpusu-pusu membangunkan AI generatif mereka sendiri. Menurut laporan Reuters hari ini, kini OpenAI berminat pula untuk membangunkan cip AI mereka sendiri.

Antara isu yang dihadapi oleh OpenAI sekarang ialah kekurangan bekalan untuk cip AI seperti yang dikeluarkan oleh NVIDIA. Permintaan yang naik mendadak turut menyebabkan kos untuk membeli cip AI meningkat. Antara penyelesaian yang ingin diambil oleh Sam Altman, pengasas OpenAI ialah menggunakan cip rekaan sendiri.

Tidak diketahui sama ada perancangan ini akan diteruskan ataupun tidak. Membina cip sendiri akan dapat mengurangkan kos jangka panjang tetapi memerlukan pelaburan yang besar di peringkat awal. Meta sendiri mula membuangkan kakitangan FAST di bawah Meta Reality Lab selepas kegagalan menghasilkan cip untuk peranti metamesta. Sebaliknya cip Qualcomm digunakan sekarang.

NVIDIA memegang 80% pasaran cip AI sekarang sehingga penjualannya disekat oleh Jabatan Perdagangan Amerika bagi memastikan ia tidak jatuh ke tangan musuh negara.

Komen