Nothing malam tadi telah mengumumkan sesuatu yang aneh sekali, iaitu mereka telah melancarkan aksesori khusus untuk pengguna iPhone. Aksesori ini adalah kerangka pelindung tahan lasak dan Nothing bekerjasama bersama Casetify, jenama kerangka pelindung premium yang cukup popular di kalangan pengguna iPhone.

Setiap kerangka pelindung ini turut menyokong MagSafe. Rekaan yang digunakan adalah mirip panel belakang Nothing Phone (2) dan juga rekaan baharu dengan inspirasi yang sama. Terdapat dua jenis iaitu empat jenis iaitu Case (1), Case (2), Case (3) dan Case (4).

Case (1) dan Case (3) mempunyai lima jenis rekaan seperti jenis ekstra tahan lasak, tahan lasak biasa dan jenis cermin. Dua kerangka ini menggunakan warna hitam Nothing dan turut ditawarkan untuk beberapa peranti Android terpilih. Case (2) dan Case (4) pula adalah warna putih dan terhad kepada iPhone 12 ke iPhone 15 sahaja dengan fokus terhadap rekaan lutsinar.

Lebih aneh, Nothing dan Casetify tidak menjual sebarang kerangka untuk Phone (1) dan Phone (2) kerana mereka menyatakan ia hanya untuk pengguna iPhone sahaja. Pada masa yang sama, Nothing turut menjual Ear (2) dengan beg penyimpan khas Casetify.
Harga jualan kerangka ini adalah bermula dari $65 (~RM307) dan mencapai sehingga $90 (~RM425). Casetify tiada kedai rasmi di Malaysia tetapi laman web mereka menghantar semua tempahan ke negara kita dengan kos tambahan pada penghantaran.
- Sumber
- X – Nothing