Cari @ Amanz

Nothing sebelum melancarkan telefon pintar, mereka menjual aksesori audio sebagai produk utama. Sehingga hari ini sudah ada tiga set fon telinga nirwayar sebenar (TWS) yang mereka lancarkan iaitu Nothing Ear (1), Ear (stick) dan juga Ear (2).

Sempena pelancaran kerangka pelindung aksesori iPhone oleh Nothing dan Casetify, ramai bertanya kepada Nothing kenapa menawarkan aksesori untuk pengguna iPhone. Carl Pei kemudian menjawab yang majoriti pengguna TWS Nothing Ear menggunakan iPhonne.

Hasrat beliau melancarkan kerangka pelindung premium Casetify ini adalah untuk pengguna iPhone suatu hari nanti akan beralih ke Nothing pula. Selain turut memberitahu yang kerangka ini adalah satu naik taraf kepada rekaan iPhone yang bertahun kelihatan lebih kurang sama sahaja.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd