Cari @ Amanz

Rahsia mengena peranti OnePlus Open akhirnya terungkai hari ini selepas imej pengolokan rasminya tertiris menerusi laman Winfuture sebentar tadi. Dari segi rekaan ia mempunyai rekaan yang amat sama dengan Oppo Find N3 yang juga telah tertiris sebelum ini yang tidaklah mengejutkan kerana ini telahpun disahkan sendiri oleh Pete Lau sebelum ini.

Ia adalah dari jenis Fold dengan skrin luar dikatakan sebesar 6.3″ dan skrin dalaman boleh-lipat sebesar 7.8″. Dikhabarkan panel OLED daripada BOE digunakan oleh OnePlus pada peranti mereka dan bukan yang dihasilkan oleh Samsung. Ini menjadikannya peranti yang lebih tinggi berbanding Find N2 dan N2 sebelum ini.

Dari segi pemproses pula ia mungkin menggunakan Snapdragon 8 Gen 2, dipadankan dengan memori sehingga 16GB RAM LPDDR5X dan storan 256GB yang adalah agak kecil. Dapat dilihat suis lungsur pada sisi yang menjadi ciri peranti OnePlus sejak dari dahulu lagi. Menarik juga melihat tubuh peranti yang berkotak dan tidak dibulatkan seperti Find N2. Walaupun dan kedudukan tertutup, OnePlus Open masih kelihatan nipis.

Bahagian panel belakang mempunyai dua rekaan berbeza. Satu diperbuat daripada kaca dan satu lagi dengan panel kulit seakan tubuh kamera digital. Bonggol kamera yang besar meletakkan tri-kamera dengan terdapat penjenamaan Hasselblad yang cukup ketara. Ia mengingatkan kami kepada rekaan Oppo Find X5 Pro yang dilancarkan tahun ini. Tiada maklumat terperinci mengenai konfigurasi lensa dan sensor yang digunakan pada waktu ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd