Carian
Xiaomi HyperOS Masih Menyokong Aplikasi 32-Bit
November 1, 2023 Fahim Zahar

Sejak tahun lepas, sistem operasi Android telah mula memberi amaran jika aplikasi 32-bit dijalankan. Ia adalah senibina cip yang sudah usang dan kini semua telah beralih ke 64-bit sepenuhnya. Malah, Arm sendiri tidak lagi menyokong 32-bit. Tahun lepas Oppo, Vivo dan Xiaomi bersama-sama tidak lagi membenarkan aplikasi 32-bit diterbit ke gedung aplikasi masing-masing.

Tetapi pada sistem operasi HyperOS oleh Xiaomi yang nampaknya masih mengekalkan sokongan aplikasi 32-bit. Ini masih mampu dilakukan walaupun secara rasmi cip Snapdragon 8 Gen 3 pada Xiaomi 14 telah menamatkan sokongan aplikasi 32-bit. Menurut ciapan Mishaal Rahman, ini dilakukan melalui sistem Tango yang dibangunkan oleh Amanieu Systems.

Ini secara tidak langsung membenarkan pengguna menggunakan aplikasi 32-bit kegemaran mereka seperti Flappy Bird. Nampaknya setakat ini hanya Xiaomi sahaja yang masih membenarkan aplikasi 32-bit sementara peranti lain seperti Google sejak Pixel 7 lagi telah dihadkan kepada aplikasi 64-bit sahaja.

Komen